Monday, October 26, 2009

Orang kita nak CEPAT

ramai dari Orang Kita yang nak CEPAT:

1) Nak cepat KAYA - kalau boleh lupakan je keja ataupun meniaga biasa / normal, lambat... kan MUDAH lagi kalau kita percaya dan try benda2 pelik yang banyak hantar email atau iklan dalam fesbook.. foreks ka, cara mendapatkan duit SEGERA melalui internet ka, apa lain ka.. yang TAK PAYAH bangun awal pegi ofis atau bukak kedai, TAK PAYAH mengadap customer, TAK PAYAH bayar cukai.. basically semuanya yang TAK PAYAH lah...

2) Nak cepat KURUS - kalu baca paper nampak iklan yang kurus dalam masa 2 minggu, terus call, pegi, bayar... buat apa SUSAH2 bebulan2 nak try exercise atau kurang makan atau kurang tidur siang?

3) Nak cepat SIHAT - kalau lah ada herba yang bila makan dia je, suma penyakit hilang, kencing manis, darah tinggi, jantung... kan BAGUS... kalau boleh biar la rasa dia pun SEDAP, boleh campur dalam kopi / teh ke, kuah gulai santan ke...

4) Nak cepat NAIK - buat apa penat2 capai KPI kalau boleh naik dengan hanya mengipas bos dengan lebih kuat skit... kalu boleh, pijak2 kan kepala colleague2 lain, baru boleh naik tinggi.. senang bos nampak..
Apa-apa sahaja yang saya akan tulis dalam blog saya yang serba kekurangan nih adalah semata-mata pendapat saya, melalui pengalaman dan pemerhatian diri saya, sepanjang kehidupan saya. Apa-apa bahan penulisan saya adalah semata-semata untuk renungan kita bersama ke arah yang lebih positif, bukan dengan niat untuk mengutuk, menyakitkan hati, ataupun merendah-rendahkan mana-mana pihak ataupun individu, sama ada yang masih hidup maupun yang dah arwah..

terima kasih.